Monday, December 26, 2011

Fully breatfeed mommy

Assalamualaikum..

Lama betul tak kemaskini blog semenjak office baru tak bagi online. Sangat menyampah dengan environment dekat sana. semuanya tak boleh. ok, taknak cakap pasal tempat kerja baru.

Nak cakap pasal perjalanan breastfeed.

Alhamdulillah..hampir 9 bulan aku dapat menyusukan Safwan. Satu perjalanan yang membahagiakan tapi penuh dengan cabaran.

Aku bersyukur sangat sebab dapat majikan yang boleh bertolak ansur dengan status aku sebagai fully breastfeed mom. sehari aku dapat pam 4 kali. tapi kalau sibuk, kadang-kadang terskip gak sesi pumping.

fully breastfeed memang sangat mencabar apabila kita bekerja. mana nak handle stress kerja lagi, nak terkejar sesi mengepam lagi, pandangan serong orang lagi. sebab tu kita kena kuat semangat.

terus terang aku katakan,seumur hidup aku, aku tak pernah buat sesuatu dengan penuh kesungguhan. tapi untuk memberikan yang terbaik untuk safwan, aku berubah. susu aku tak la sebanyak macam orang lain. sekali pam pun secara purata aku boleh dapat dalam 3 oz. dah macam-macam cara aku buat. makan macam-macam. tapi banyak tu jugak aku dapat. tapi takpe la..aku redha dengan rezeki yang Allah bagi. sekarang demand safwan dah makin tinggi. aku kena bagi lebih. solutionnye, aku bua power pumping atau pun tambah sesi mengepam dekat rumah.

stok susu beku tak berapa banyak sebabnya aku masuk kerja secara mengejut. apa yang aku pam hari ni, tu la yang aku bagi untuk bekalan besok. sebab tu la..setiap botol yang digunakan amat-amat berharga. kalau berlaku pembaziran pun, aku macam rasa sedih gila.

kadang-kadang rasa macam nak give up je. tapi aku sangat-sangat bertuah sebab husband selalu bagi sokongan dan semangat. aku sangat berharap agar aku dapat jadi fully breastfeed mom sampai safwan 2 tahun seperti yang disarankan Al-Quran.

ada orang kata aku macam milk cow. tapi lantak kau la.

ada orang kata aku kedekut. mom's milk priceless tau tak? membazir itu amalan syaitonnn.

it's all about giving the best to my priceless baby.

Tuesday, September 27, 2011

Safwan tak sihat

Selamat pagi.
Mengantuk sangat sebab jaga Safwan yang tak berapa sihat malam tadi.
Tapi tido lasak! Sebab bangun-bangun je tengok dia dah dekat bawah ketiak. Tah macam mana tah dia boleh bergolek. Harap-harap la dia sihat hari ni.

Thursday, September 22, 2011

Summary of the day

Ahh..sudah lama tak update. Minta maaf banyak-banyak ye. Ni ada beberapa nak share.

Kerja
Alhamdulillah..dah dapat kerja baru dekat Nilai setelah 5 bulan setengah duduk rumah. Jauh ke? takdela jauh sangat kot..setengah jam je. Environment kat sini ok la..tapi sekarang takde kerja lagi. Makanya kerja aku adalah melanguk. Dan aku sangat bersyukur sebab diberi kelonggaran masa untuk mengepam. Tapi segan-segan la..sebab orang asyik tengok aku usung beg pam tu.

Safwan
Aku hantar dia dekat rumah babysitter area TTJ. Ramai yang tanya kenapa aku hantar jauh sangat. Sebabnya nanti aku akan pindah sana. Risau jugak aku masa nak hantar Safwan pergi sana. Safwan ni dah la jenis kita kena hadap dan layan dia je. Lepas tu dia taknak menyusu guna botol. Tapi lepas hari pertama aku hantar, makcik tu kata senang nak jaga Safwan. Mula-mula memang taknak pakai botol. Lepas tu tukar guna brand Avent, baru dia nak. Dia selesa dengan puting tu kot. Amboi kau Safwan..yang murah-murah kau taknak. Yang mahal je kau layan kan?

Tapi serius aku lega..

Tapi..makcik tu kata tak cukup susu. Dia nak bagi Safwan susu tepung. Heyyyy...nasib la bukan aku yang ambik Safwan petang-petang. Kalau tak aku nak aje cakap "Kepalahotak kau makcik".
Aku memang sensitif bab ini. Orang tua ni kan..memang ikut senang dia je kan? Padahal punyala aku struggle untuk breastfeed Safwan sehingga dia taknak lagi. My child, my style. Please respect that. Maaflah..aku memang emo bab ni. Orang kadang-kadang tak faham. Aku memang tak suka isu ni dibangkitkan sebab boleh buat gaduh. Once again..please respect that and please jangan suruh aku bagi susu tepung. Tak pasal-pasal je boleh gaduh nanti.


Hubby
Ok ok saja. Makin hensem. Hehe. Terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa bagi support dekat saya. Terima kasih atas semuanya, Terima kasih sebab tolong sterilkan botol susu tiap-tiap malam. Terima kasih sebab tolong motivate saya saat saya kena condemn. I just dont know how to thank him because he's so supportive..


Kehidupan kami
Sila refer pada subjek Safwan dimana kami akan berpindah ke TTJ. InsyaAllah kami akan berpindah ke sana. Rumah yang bakal kami duduki tu takdela canggih sangat. Tapi selesa untuk kami 3 beranak tinggal di sana. Sekarang tengah dalam proses nak setelkan loan rumah.


Kesimpulan hidup
Ada masa kita diatas dan dibawah. Apa yang aku dapat belajar adalah sentiasa bersabar. Menangis boleh. Tapi jangan give up. Sentiasalah menyokong pasangan anda walau apa keadaan sekali pun. Jangan susahkan orang sekeliling. Jangan menipu dalam mencari rezeki.

Ok, bye.
Assalamualaikum.

Tuesday, August 16, 2011

This is our reason

Buaian

"Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

“Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi,” katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian."

source : here


Puting kosong

"Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS."

source: here


Air masak

MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

source: Here

Kindly please respect our decision and not forcing us to do this and that. We have our own reason for not using those kind of things. We might seems like a fussy parents, but hey prevention is better than cure. And I believe that we have different of ideology on how to raise our own child. So please respect each other.


Love,
Nurul

Friday, July 15, 2011

Pengajaran hari ini

Pengajaran..
Jangan senang-senang je dengar cakap orang.
Google dulu. Buat research.
Kalau logik, ikutla.
Kalau merepek ditambah dengan khurafat, eloklah ditinggalkan.
Bukan untuk biadab.. Tapi kalau esok-esok kau susah sebab kau ikut cakap orang,
orang tu tak tolong kau pon.

Monday, July 11, 2011

Susah senang kita bersama

Hai hai hai..

Kali ni aku nak cakap pasal manusia yang tak kenang budi.
Sebab dulu pun aku jenis macam ni jugak. Pastu aku jadikan benda ni sebagai pengajaran.

Dulu masa bercinta aku kan selalu bergaduh ngan hubby. Macam biasa la..kawan la yang kita carik kan? Sampai aku dah bergaduh teruk la..Kawan-kawan aku yang tak putus-putus bagi semangat. Lepas tu aku dah baik ngan hubby, lepas tu kitorang decide nak bertunang. Masa tu aku tak tau nak cakap macam mana dengan kawan-kawan aku. Sebabnya diorang tak tau pun aku dah berbaik. Masa aku decide nak bagitau, diorang sangat marah dengan keputusan aku. Lepas tu ala-ala aku dah bahagia, aku macam tak contact diorang. Sebenarnya bukan aku taknak contact, tapi aku takut diorang marah dan benci aku. Sedih tak terkata..aku dah hilang kawan. Bila aku cuba mintak maaf pun, diorang nak tak nak je layan aku. Diorang kata, bila aku susah aku carik diorg. tapi bila dah senang?

Lepas tu...tobat aku tak nak buat lagi. Lama-lama pun kitorang dah kembali seperti sediakala. Aku pun cuba untuk berhubung dengan orang-orang yang sentiasa bersama dengan aku waktu susah. Sekarang ni bila dah ada anak, aku agak sibuk sikit dengan kehidupan yang baru. tapi sebolehnya aku akan cuba tanya khabar diorang. kalau rasa tak sempat sangat nak call, FB kan ada..tanya la khabar melalui wall, message atau pun private chat. Kalau ada masa, jenguk la diorang dekat rumah.

Kesimpulannya, jangan lupa kawan-kawan atau pun sedara mara yang dah banyak tolong kau masa susah. kalau diorang tak pernah tolong pun, ingat la diorang..jangan masa dah susah nanti baru kau terhegeh nak carik. masa tu, aku nak reply message kau pun aku dah tak hingin.

ok, babai.

Thursday, July 7, 2011

Let's recap



2-3 hari ni mood nak belek gambar lama..






zaman bercinta

























pastu tunang

















pastu nikah























pastu bersanding
































pastu bertandang











pastu mengandung

























pastu Safwan lahir





















pastu celebrate 1st wedding anniversary





motif?
menangis sebab dah gemok. hahahah.

Tuesday, July 5, 2011

Isteri dan ibu

Semalam seorang teman bertanya pada aku macam mana rasanya bila dah berkahwin dan menjadi seorang ibu. Meh sini aku huraikan sikit ape yang aku rasa:

Isteri
Kalau kau rasa jadi girlfriend best, jadi isteri lagi best. Sebabnya, kau pegang-pegang, cium-cium semuanya tak mendatangkan dosa. Kalau kita layan husband dengan baik, dapat pahala. Yang paling best sekali, aku ada seseorang yang sentiasa akan bersama aku dalam apa juga keadaan. Kalau dulu, bila kita ada ape-ape masalah, BF tak boleh masuk campur sebab dia just BF je..sekarang, semuanya dia boleh tolong termasuklah tolong tanyakan nurse macam mana nak buat checkup. hahah. dah la aku ni jenis berat mulut nak bertanya. Setakat gaduh tu biasa la..kalau zaman dulu bergaduh boleh makan sampai seminggu. Sekarang, bangun pagi pun kau hadap muka dia jugak. Tak ke tension kalau kau duduk satu bilik, tapi kau tak bertegur sapa. Rasa tak seronok. Kadang-kadang siap terlupa yang malam tadi bergaduh, bila bangun pagi, buat macam biasa.

Ibu
Ni jangan cakap la..menjadi seorang ibu memang best sangat-sangat. Bila bangun pagi, kau tengok anak kau tersenyum. Alololo..rasa nak cubit je. Pastu kalau kau breastfeed anak kau, memang la dia sangat manja dengan kau. Pantang nengok muka aku, mesti buat-buat ngada. Memang kau boleh rasa perasaan kasih sayang tu. Tapi kau kena la banyak bersabar kalau anak kau melalak tengah malam atau dia buat perangai. Heheh.

Ok la, nak mandi.

Sunday, July 3, 2011

Menyeru idea



Bila aku belek-belek balik blog ni, rasa macam banyak sangat nak kena kemaskini. Header tu dah macam tak sesuai lagi tu. Dulu kaki macam model kasut. Sekarang kaki dah macam model ubat kuruskan badan. Gambar profile pun dah tak sesuai. dulu berdua, sekarang dah bertiga. Entry pun macam serabut. Tak habis-habis emo pasal kerja. Bila baca balik, macam benda yang sama je. Bosan. Atau mungkin aku dah kena penyakit mudah lupa lepas aku dah bersalin ni.

Aku pun macam dah takde idea nak tulis apa. Sebab aku melalui kehidupan seharian yang agak sama kalau berbeza pun, sebab Safwan dah discover benda baru. Kalau aku beria cerita pasal anak, nanti orang kata macam aku sorang pulak ade anak. Hehe. Memang teruja sikit.

Sekarang misi nak kuruskan badan. Tapi tak boleh diet sangat sebab Safwan still breastfeed. memanjang jela aku lapa. Tapi dah mula kawal pemakanan la..especially tengah-tengah malam. Kalau dulu, aku siap pujuk hubby belikan nasi goreng tengah-tengah malam. Sekarang cuba kawal la..kalau lapar sangat, minum susu. Sihat kan? Yang penting, perut ini kasik flat. Susah jugak kalau ceaser ni..tak boleh nak exercise sangat. Buat sementara waktu ni, terpaksa la simpan tayar spare ni..



Dah, tu jela aku nak cite. Nanti kalau rajin, aku update pasal kenduri cukur jambul Safwan.

Wednesday, June 22, 2011

rimas

Aku dah resign.
tapi aku rimas bila tiap kali aku balik rumah mama, mama asyik tanya bila nak dapat kerja. kalau aku dah dapat kerja, dah tentu-tentulah aku akan bagitau kat mama. geram pun ade gak. asik dok tanya-tanya je. memang buat aku tertekan dengan soalan tu. sedara mara pun asyik tanya-tanya je. semua pelik kenapa aku buat tindakan drastik macam tu. biasala..takde sape pun mampu faham.

kalau nak ikutkan, aku ok je duduk rumah buat sementara waktu ni. aku seronok jaga safwan. gembira bila setiap pagi melayan dia. dan hampir setiap hari, ada je skill baru yang dia nak tunjuk. petang pulak, tunggu hubby balik..

cuma aku segan duduk rumah mak mentua lama-lama. malu la..tak berapa banyak kerja yang aku boleh bantu waktu siang memandangkan safwan memang payah nak tido waktu siang.

aku rasa hubby naik bosan dengar aku tertanya-tanya bila nak dapat kerja. kadang-kadang aku sampai menangis sebab tertekan. orang sekeliling memang buat aku tertekan. sampai aku rasa aku malas nak balik jumpa semua orang sebab diorang suka tanya soalan yg menyakitkan hati aku.

korang janganla buat aku macamni. bukannya aku rilek-rilek dok uma pon..aku berusaha carik kerja. tak payah la korang nak tanya-tanya.